:: Solehan :: I VISUALIZE MY SUCCESS DAILY ::

.:: BORN TO BE A WINNER ::.

Tuesday, March 21, 2006

It's just around the corner

Salam..

Final exam datang lagi. Aku ternanti-nanti. Apa kesudahanku kali ini.
Adakah slogan "I Visualize My Success Daily" akan menjadi? 23hb Mac sampai 29hb ini, aku terpaksa berkurung demi memastikan tiada lagi subjek-subjek yang tersangkut. Serik beb kalau tersangkut lagi. Tumpuan kali ini diberikan kepada subjek CALCULUS II dan DYNAMICS. Harap-harap aku dapat menghadapinya dengan tenang. Insya Allah.. Kita jumpa lagi selepas final exam nanti. Tungguu...

Wednesday, March 15, 2006

ANDALUSIA.



Cahayamu bagai sabitah..
Doaku kau sejahtera..
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar..
Untukmu setanggi ini kubakar..
Cahayamu sediakala..
Aku rindukan zaman kebangkitan..
Pabila nurani bersulamkan fikiran..
Seganding dan bersatu..
Lafaz niatku bertemu..
Cahayamu tiada tara..
Pohon salamku pada fakir-fakirmu, Andalusia..
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu..
Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat..
Supaya dapat aku tari menongkah arus..
Sahutlah Andalusia..
Apakah sudah kering lautan darah..
Yang tertimbus di bumi Alhambra..
Ataupun masih bergelora menanti saat..
Melimpah mengikut mata air..
Antal hadi antal haqqu..
Laisal hadi ilaahu..
Lagu: M. NASIR Lirik: LOLOQ

Sometimes, simplicity make things better.


A Word From PositivoMedia and FG05 Special Tasks.

UNTUK TERAKHIR KALI...

Untuk terakhir kali. Persis tajuk lagu nyanyian Marsha AF3.

Entry kali ini bukan mengenai lagu ini tetapi apa yang aku sifatkan sebagai terakhir kali ini ialah mungkin inilah template blog aku yang tetap. Rasanya tiada apa yang perlu diubahkan lagi. Tiada guna kalau layout sahaja yang cantik dan canggih, tapi isinya kosong cuma. Jadi, atas rasa tanggungjawab terhadap blog yang telah aku usahakan hampir setahun ini, aku memutuskan untuk tidak lagi menukar layout blogku ini. Cukuplah dengan warna serba kelabu ini.
JUMPA LAGI!! SALAM DARIKU....