:: Solehan :: I VISUALIZE MY SUCCESS DAILY ::

.:: BORN TO BE A WINNER ::.

Wednesday, July 13, 2005

House of Wax..

PREY : SLEY : DISPLAY :
3 perkataan ni dah cukup untuk menggambarkan movie ni secara overallnya. Movie ni mengisahkan bagaimana sekumpulan remaja terperangkap dlm muslihat yang diatur oleh adik-beradik sakit mental ( Bo dan Kane) untuk dijadikan wax untuk menambahkan koleksi wax manusia dlm House of Wax (Rumah Lilin). Klasifikasi 18 ke atas. Mengandungi unsur2 ganas dan seks yang tidak keterlaluan. Cakap banyak tak guna, jom kita berkenalan dgn watak2nya..
****************************************************************


Carly ( Elisha Cuthbert): Inilah watak utama movie horror nie. Tengok la betapa comotnya dia dlm wallpaper sebelah nie. Tu gara2 terjatuh dlm tempat pembuangan bangkai si adik beradik Bo tuh. Carly ni bagi aku, seorang yang berani, bersikap ingin tahu, cepat mendapat idea dlm time2 kritikal, dan sgt2 bernasib baik. Hehe..byknye aku describe pasal dia. Okey, dlm movie ni, Carly lah yg menikam si Kane dari belakang sewaktu adiknye, Nicky tgh bergelut dgn si Kane tu. Dan, aku jugak turut sgt2 gembira waktu Carly ni hentam kepala si Bo dgn bat besbol..rasa macam hutang dendam dah langsai. Walaupun dlm filem ni, Carly byk beraksi dan pakaiannya comot-momot, tapi kejelitaannya tetap terserlah..hehe. Bukan aku kata la..Berita Harian Hip yg cakap. Memegang watak utama movie nie, Carly berjaya membawakan wataknya dengan baik sekali. Aku suka!! Best!!

****************************************************************

NICKY(Chad Michael-Murray): Woww..body macam Beastmaster laa. Nway, masa start tgk movie ni, aku sama sekali tak expect yg Nicky akan jadi hero filem ni. Sbb, aku tak kenal mana satu Chad Michael-Murray ni. Bermula sbg watak yg agak pendiam dan serius, Nicky sbenarnya tidak menyukai balak kakaknya (Wade). Ntah le nape, tp dia tak menunjukkan sgt sikapnye tu.Bagus la kan! Nicky memainkan peranan yg tersangat la penting dlm menyelamatkan kakaknye drp dijadikan wax oleh adik-beradik Bo. Banyak le aksi2 Nicky ni dlm menyelamatkan si Carly tu. Aku mmg best masa dia dpt panah dada si Bo tu. Rasa mcm aku lak yg berlakon ye..hehe. Masa part yg last tu, walaupun pehanya dah ditikam dgn pisau besar, tapi dpt gak dia bertarung dgn si Kane tu demi nak menyelamatkan kakaknye. Bagus Nicky! Aku suke style lakonan dia.

****************************************************************

KANE: Aku panggil Kane sbb aku tak tau nama sebenar dia dlm story ni. Tapi, disebabkan personaliti dan topeng lilin yang dipakai tu menyerupai Kane dlm WWE, so, aku anggap Kane je la ye. Okey, Kane ni bagi aku memang genius, bijak, berseni halus, kejam, sadis, takde rasa kesian langsung. Dan aku dengan ini mengkelaskan Kane sebagai manusia paling kejam dalam movie ni. Sbbnye, bila Bo dpt je mangsa utk dijadikan wax, Kane takkan tangguh2 lagi, terus dia pasangkan mangsa di tempat pembuatan wax, dan dia akan terus cucuk2 bdn mangsa dgn alat2 ala zaman penyiksaan manusia. Kemudian, dia akan mendidihkan wax sampai menggelegak dan terus menyemburkan cecair wax tu ke badan mangsa. Aku tak tahan masa tgk balak Carly pun kena wax gak..sian beb.. Tapi, Kane ni mmg berseni, memang halus buatan wax dia..tabik spring!! Skali tgk, memang takde cacat langsung waxs yang dia dah hasilkan. Okeys...
********************************************************************************************



Brian Van Holt (BO): Ini merupakan manusia yang kedua kejam dalam movie nie. Bagi aku la, aku tak dapat maafkan kesalahannya mengerat jari Carly dengan selambanya guna playar. Seriusly aku terpaksa pegang dinding utk mengelakkan aku drp jatuh rebah sbb terkejut tengok jari si Carly tu kena kerat dgn selambanya. Bo memainkan watak yang penting dalam memburu mangsa untuk dijadikan wax. Setelah dpt mangsa, Bo akan menghantar mangsa2 tu kpd adiknya(aku tak ingt nama watak adik dia) utk dijadikan wax hidup2..sakit beb!!

****************************************************************



Ini adalah satu babak di mana Carly( Elisha Cuthbert) melarikan diri daripada Bo(Brian Van Holt). Carly cadangnye nak bersembunyi dalam gereja tu, tapi dia menjadi hairan kerana semua orang2 dalam gereja sikit pun tak bergerak; kesemuanya adalah wax. Maknanye, semua orang2 dalam gereja tu telah di'wax'kan sebelum diletakkan dalam gereja. Pandai betol Bo tu!! Kelihatan dalam gambar, Carly tgh check nak pastikan samada orang2 tu hidup ke tidak.

Kesimpulannya:

  • Aku memang suka tonton movie ni.
  • Movie ni tak sesuai ditonton oleh orang yang lemah jantung dan tak sabar2 nak tau ending cerita (seriusly aku cukup tak suka dgn org yang nk tgk movie, tapi asyik nk forward je)
  • Aku syorkan korang tengok gak movie ni.
  • Sebenarnya, banyak lagi watak2 dlm movie ni termasuk la Paris Hilton tu, tapi aku tak masukkan sebab kemunculan dia dlm movie pun hanya nak menambah2 babak je. Si Paris Hilton tu asyik2 nak bercium je. Naik muak aku!!
  • Lastly, aku bagi movie ni 4 bintang drp 5 bintang. Aku mintak maaf kalo korang dah tengok movie ni tapi tak setuju dgn ulasan aku, atau aku tersilap ulas mana2 babak ikut suka hati aku. Diulang, apa yang aku tulis di atas hanyalah pandangan daripada aku semata-mata.